Sejarah Romania
Maps courtesy of www.theodora.com/maps used with permission.
Bendera Negara Romania
Parlimen Romania-The 2nd largest Parliment (slps Pentagon) in the world
Romania terletak di South-East of Europe dengan populasi penduduk seramai lebih kurang 23 juta orang. Ibu negara Romania ialah Bucharest dan main language dia ialah bahasa Romania (romanian language). Romania bukanlah sebuah negara yang kaya sebab kalau nak diikutkan, negara nih baru jek merdeka pada tahun 1989. Negara nih dah dijajah oleh banyak negara seperti Romans, Turkish, Germans dan Russians(regim komunis) dan ada lagi kut yg aku tak ingat. Aku baru jek dapat tahu cita nih, yg dulunya Romania nih kaya ngan emas dan perak. Tapi pada 100M, orang Romans telah datang ke sini dan salah satu drpd penasihat atau org yg keje ngan raja time tuh telah bocor rahsia tentang tempat penyimpanan emas dan perak. Kononnya, dia nanti dpt lah ganjaran yg lumayan. So, dah org Romans semua dpt tau, diaorang gali dan curi ler semua emas dan perak. Dipercayai lebih kurang 127 tan emas dah diambli dan beratus tan perak. Sampaikan bila diorang bawak balik kepada emperor Rome time tuh, dia jadi sangat kaya raya sehinggakan ada satu tahun tuh, dia bagi semua rakyat jelata, everything from foods, entertainment, apa saja semua free of charge 4 a year.
Fuih...dasyat tuh...lepas tuh Romania dijajah oleh kerajaan Uthmaniyah lak dari Empayar Turki yg sangat masyhur pada zaman dulu. Lepas turki, germans lak yg serang negara nih. Kesian betul, disebabkan negara Romania nih pada zaman dulu populasi pun sedikit, peralatan ketenteraan pun sikit, diaorang asyik kalah jek. Tapi ada gak menang cuma sikit sgt dan tak membawa apa-apa faedah. Sehinggalah last sekali, pada tahun 1944, Romania nih dijajah oleh Russia atau pada zaman tuh lebih dikenali sebagai regim komunis yg pada ketika itu di bawah support Soviet.Tentera Russia adalah penjajah yg paling ganas sekali...dia tak kira, semua org dibunuh, dirogol, dirompak tanpa mengira belas kasihan sehinggakan kat sesetengah kawasan tuh, 20% sahaja penduduk yg tinggal dan 80% telah mati dibunuh. Ada juga kaum wanita dan kanak-kanak yang lebih rela membunuh diri sendiri di sungai ataupun tasik daripada dibunuh dan diperkosa oleh komunis Russia. Begitulah kejamnya tentera Russia dibawah pemerintahan Stalin dan Churchill.
Romania akhirnya join Soviet dan menjadi negara komunis. Nak dipendekkan cerita, tahun 1970s, diktator bernama Ceasescu telah mengambil alih tampuk pemerintahan dan telah mengaut semua kekayaan Romania kat dia jek. Sampaikan rakyat jelatanya hidup melarat, bak kata pepatah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ceacescu hidup mewah, menyeleweng duit rakyat, berlaku penipuan, violating human rights dan banyak lagi. Tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga...begitulah juga Ceacescu yg akhirnya telah ditangkap bilamana anti-kerajaan di Romania telah melakukan demonstrasi besar-besaran sehinggalah tentera Romania sendiri pun turut sama menentang kekejaman Ceacescu. Maka Romania akhirnya merdeka pada bulan Disember, 1989.
So sekarang Romania baru nak build up semula negara diaorang yg banyak kali dijajah tuh. Pendapatan penduduk2 di sini tak banyak...cukup sekadar mengisi perut. Kebanyakan org Romania makan sayur-sayuran ngan buah-buahan sebab tak mampu nak makan daging setiap hari. Walaupun demikian, pembangunan still ada kat sini, ada beberapa shopping complex, panggung wayang yg bertaraf cam GSC, sekolah, universiti dsb. Malah, Romania ada kereta buatan sendiri gak iaitu Dacia dan harga kereta tuh cuma lebih kurang USD3000-USD4000. Harga kereta kat Europe memang murah, so takleh nak kata apa lah. Negara kita jek yg kenakan tax tinggi sgt. Tapi walau macamanapun membangunnya Romania sekarang, still tak dapat nak menyaingi negara2 Eropah yg lain. Romania pun takleh join European Union pasal tak layak. Kalau tengok jalan kat Romania nih memang teruk, kotor dan bangunan2 pun nampak buruk pasal tak cat. Kalau dtg Romania, rasa dull jek kalau tgk bandar dia. So, apa boleh buat, kerajaan nak cantikkan pun, duit tak banyak..jadi kena tunggu jelah masa akan datang.
Oh yek, Romania satu lagi famous ngan cerita Dracula dia. Kalau tengok cita-cita Dracula kat tv mesti mention Transylvania...tempat tulah Dracula tinggal. Transylvania nih ibu negara Romania zaman dulu2. Begini ceritanya....
Dracula: Di Antara Mitos atau Kenyataan
Kalau dengar pasal dracula, mesti orang ingat Count Dracula yg ada castle besar kat Transylvania dan suka keluar malam-malam untuk hisap darah gadis yg masih dara. Dia selalunya bila keluar dari castle tuh, menukar dirinya sebagai seekor kelawar. Count Dracula juga dipotretkan sebagai seorang yg mempunyai 2 taring yg sangat tajam, mata yg dalam dan seducing dan memakai pakaian berwarna hitam.
Tapi kisah sebenarnya bukan begitu. Asalnya cerita nih dah diubah dan ditokok tambah oleh seorang penulis dari Ireland yg tidak pernah pun menjejakkan kaki ke Transylvania.
Ok, meh aku cita serba sedikit kisah sebenar dracula nih...Dracula atau juga dikenali sebagai Vlad the Impaler adalah seorang pemerintah di Transylvania(bahasa latin yg bermaksud, The Country Beyond The Forest) pada kurun ke 14. Dia telah diberi anugerah sebagai 'Count' atau 'Knight of The Dragon Order' oleh Hungarian King. All the members of the order tuh ada dragon kat lengan dan itu telah memberikan nickname 'Dracul' kepada Count Vlad yg mana 'Dracul' itu bermaksud 'The Devil'. Vlad telah menggunakan nama Draculea atau Draculya yang bermaksud the devil's son dan akhirnya nama itu menjadi Dracula.
Ini ialah gambaran pelukis berkenaan rupa Vlad Dracula
Menurut penduduk Romania, pada pemerintahan Vlad nih, Transylvania menjadi sebuah kerajaan yg maju dan berkembang pesat. Tapi Vlad nih takut takhtanya dirampas oleh kaum Saxon (kalau nak cerita lebih lanjut, panjang pulak jadinya). So, untuk mengelakkan takhtanya diambil, Vlad telah menyeksa orang Saxons yang mana kebanyakannya di'impaled'(penerangan diberikan pada gambar dibawah) dan membakar serta membunuh orang sibiu dan penduduk berhampiran. Kerana kegemaran Vlad mengimpaled musuhnya lah yg telah menyebabkan Vlad dianggap sebagai kejam dan digelar Tepes(The Impaler). Namun begitu, cara menyeksa musuh ini tidak hanya digunakan oleh Vlad tetapi Putera German dan Spain juga buat benda yang sama. Vlad menggunakan hukuman itu kepada semua pesalahnya kerana dia berasa seronok melihat mereka diseksa begitu. Sering juga berlaku dimana seluruh hutan dipenuhi dengan batang-batang yang tajam dengan badan musuh dicucuk drpd atas.
Gambar menunjukkan cara Vlad Dracula menyeksa pesalah. Badan mereka dicucuk pada batang-batang yang ditajamkan pada hujungnya dan kemudian batang itu ditegakkan di atas tanah. Badan pesalah yg bergantungan itu, akan perlahan-lahan menggelungsur sehingga mencecah tanah. Batang yang tajam itu akan perlahan-lahan membunuh pesalah dengan sedikit demi sedikit menembusi organ2 dalaman mereka seterusnya mereka akan mati dengan kesakitan yang amat dasyat. Vlad dipotretkan sedang menyaksikan hukuman tersebut.
Akhirnya,kerana tidak tahan lagi dengan kekejaman Vlad Dracula, dia telah dibunuh dan kepalanya dipancung, dibungkus, diletakkan pewangi dan diberikan hadiah kepada Sultan Turki iaitu Constantinople. Kemudian, setelah kematian Vlad, penduduk Saxons telah menulis buku dan artikel berkenaan kekejaman Dracula dan artikel ini turut sampai ke Germany dan Western Europe. Macam yg aku katakan awal tadi, pada tahun 1897, penulis Irish yg tokok tambah dan ubah cerita nih pasal dia rasa tempat Transylvania tuh 'exotic' dan membawa gambaran yg menarik ttg cerita yg dia tulis ditambah pula dengan kekejaman Dracula. Maka terhasillah kisah Dracula seperti yg kita dengar pada masa sekarang nih....
Graphics and design by Ann Stretton ©2003
|
|
|
about
blog reads
links
|